About me

My photo
Malaysia
Hi! I'm Putri Rex from Malaysia. I don't just go through life, but I grow through life.. Alhamdulillah!

Wednesday, May 26, 2010

Teladan kepada kita semua.

Satu hari saya bertemu dengan seorang sahabat saya yang bernama Wardah. Dalam pertemuan itu, dia bertanya kepada saya, “Ain, apa tandanya isteri solehah?”

Saya menjawab, “Wardah, kau tentunya lebih ‘arif daripadaku untuk menjawabnya...”

Sebenarnya saya tahu tujuan pertanyaan Wardah bukanlah untuk menduga jawapan saya, sebaliknya untuk saling memperingatkan diri agar berhati-hati dan teliti dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini.

Saya ingin menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.

Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?

Menantu : Aku isteri Ismail.

Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?

Menantu : Dia pergi berburu.

Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?

Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak

pernah senang dan lapang.

Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya.

Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan

supaya menceraikan isterinya).

Menantu : Ya, baiklah.

 
Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

 
Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?

Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail : Apa jawapanmu?

Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam

kesempitan, tidak pernah senang.

Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam

kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah.

Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

 
Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.


Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?

Menantu : Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.

Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga?

Mudah-mudahan dalam kesenangan?

Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,

tiada apa yang kurang.

Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.

Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan

sedikit makanan.

Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?

Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.

Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka

dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini,

Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah

berkat doa Nabi Ibrahim).

Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampai- kan salamku

kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.

 
Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?

Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya

sepertimu.

Nabi Ismail : Apa katanya?

Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail : Apa jawapanmu?

Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada

apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.

Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu

mengekalkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang

dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku

kekalkan.

Isteri : Alhamdulillah, syukur.

 
Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Putri rasa sejarah ini sungguh menyentuh jiwa walaupun Putri belum pernah berkahwin.

Berpandukan sejarah tersebut, isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri salehah. Isteri salehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri salehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

 
Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri salehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud:

“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”

(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Begitulah, untuk menyediakan diri sebagai isteri salehah, hati kita hendaklah sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang rabbani (macam nama adik saya, Ilham Rabbani). Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang saleh.
 
ps: Walau juga Putri belum berumah tangga tetapi Putri harap, Putri sedikit sebanyak dapat memberi peringatan dan juga pedoman kepada kita semua.
 
Assalamualaikum.


1 comment:

Hana Ibrahim said...

good one dear! Lets keep on rerminding one another ok. Bersyukurlah