About me

My photo
Malaysia
Hi! I'm Putri Rex from Malaysia. I don't just go through life, but I grow through life.. Alhamdulillah!

Wednesday, August 31, 2011

Salam Lebaran!

Assalamualaikum wbt,
Harap semua sihat-sihat sahaja. Atau mungkin semua kembung-kembung belaka? Mana tak nya mengadap lemak/ ketupat/ rendang/ lontong macam tiada hari esok. Hihi. Alhamduilillah, selesai ibadah puasa kita tahun ini dan kini syawal menjelma. Ini adalah sepatutnya sambutan hari raya kedua kami, akan tetapi pada tahun pertama dinda terpaksa beraya di negara orang meninggalkan kekanda seorang diri and ketika itu kandungan masih seawal 3 bulan. Jadi, kali ini adalah sambutan yang pertama kami. Bagi lebaran tahun ini, terasa sungguh bermakna dengan kehadiran cahaya mata sulung permata hati kami, Al-Farrel Ridzuan.

Tetapi, si anak kecil cilik ini memilih untuk meragam pada ketika waktu untuk merakam kenangan iaitu pada sesi mengambil gambar. Lain dari itu, si cilik cukup gembira. Tidak mengapa, ayahanda dan bonda tetap menyayangi anakanda!

Dengan ini, kami sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf menyusun sepuluh jari, andai ada kami terksar bahasa, tersilap pandang, terkurang. Halalkan makan dan minum kami dan diharap hari raya ini dapat membawa seribu satu keberkatan pada kita semua. InsyaAllah. 


Salam Lebaran,
The Ridzuans.

No comments: