About me

My photo
Malaysia
Hi! I'm Putri Rex from Malaysia. I don't just go through life, but I grow through life.. Alhamdulillah!

Thursday, February 24, 2011

Kau pergi.

Siapa tahu mengandung ni memang sukar nak tidur malam. Especially, bila kandungan mencecah 7 bulan keatas. Bukan susah apa, baby dah mula active and gerak-gerak. Mungkin ada yang tertanya macam mana agaknya ye ada benda gerak-gerak dlm perut. Bukan semarang benda tau, itulah nyawa kami :) Bukti cinta azimat.

Semalam, malam yang paling sukar untuk aku melelapkan mata semenjak aku mengandung 30 minggu 6 hari. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa remuknya hati ini. Hati bakal ibu. Ini bukan cerita aku, tetapi cerita sahabat sendiri, bukan jauh mana pon. Kami memang rapat. Petang semalam adalah waktu yang paling sukar aku untuk aku terima. Aku pergi minum bersama seorang sahabat rapatku di restaurant Pelita. Sahabat rapat mendapat penggilan telifon yang betul-betul 'heart broken'. SubhanAllah. Astagfirullahalazim. Ya Allah. Segala puji-pujuan Allah keluar dari mulut sahabatku itu. Mata bertakung. Aku yang ada di situ hanya boleh tunggu apa semua itu? Aku rasa itulah panggilan telifon yang paling lama aku tunggu sebelum aku tahu apa kisah sebenarnya.

.. Darah, jantung, hati semua terhenti seketika.  
Innalillah wa-inna ilaihi raji'un. Terus perutku mengeras dan tanpa aku sedari aku menyusapnya dan termenung seketika. 

Sukar untuk aku terima, kami bersahabat ketika sekolah menengah, rakan sebilik di UiTM Lendu, Melaka, kita sama-sama kawin Julai 2010 tapi aku 10 Julai dan dia 24 julai. Kemudian, sama-sama tahu dapat pregnant, tapi dia 2 minggu awal dari aku. Kita sama-sama on the phone talk about baby stuff and all. Baby dia pon boy juga macam baby aku. 
Tapi semua tu terhenti ketika kandunganya berusia 33 minggu semalam.  
Innalillah wa-inna ilaihi raji'un. 

Aku menangis bila dapat tahu. Apatah lagi dia? Sungguh tak di duga dugaan yang Allah berikan kepada umatnya. Aku mengambil iktibar dan kami semua ambil semua itu sebagai pengajaran. SubhanaAllah, yang senang mengandung tu senang sangat, sampai buang-buang anak tu. 
Binatang. 

Sedekahkan yassin baginya, yang pasti syurga firdausi tempatmu wahai anak kesayangan. We all miss you already. Doa akan sulung lelaki memang berkat. Allah lebih menyayangimu.

Sekarang, aku hanya mampu berdoa agar sahabat aku selamat melahirkan dan harap-harap tiada masalah buat Ibu. Kita sama-sama doakan ye. InsyaAllah. Amin
Kami bersama ketika kandungan 5 bulan. 
 
Dari perut ibumu kau dijadikan, dan dari perut bumi juga kau dikembalikan,
Yang kekal itu Allah.




2 comments:

aunieZ said...

kak put3..sdih nye bca psl kak dyra.suke tgk korg b2 pregnant sma2..tkziah to her..al-fatehah

fara.rahman said...

ya Allah...sedihnya. :'(
takziah to ur friend. mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. hoepefully she is strong.. to go through this. Al-Fatihah..