About me

My photo
Malaysia
Hi! I'm Putri Rex from Malaysia. I don't just go through life, but I grow through life.. Alhamdulillah!

Tuesday, January 31, 2012

Anugerah dan Kurnia


Duhai anak,

Tiada perasaan yang lebih bermakna bagi seorang perempuan apabila bergelar sorang ibu. Lahirnya seorang anak pada ketika itu, juga lahirlah seorang ibu. Apa lagi yang harus ku pinta di bumi ini? Syukur, dianugerahkan lelaki yang menyintaiku sepenuh jiwa dan raga seadanya dan dikurniakan cahaya mata yang sememangnya menyerikan lagi warna hidup kami. Keluarga ini yang membahagiakanku. 
Walau ada kala dan ketikanya aku tidak menghargai mutiara-mutiara indah ini dengan mengeluh kepenatan, mengeluh tidak mendapat kesenangan seperti orang lain dan tidak dapat apa yang diimpikankan. Namun itu lah yang dinamakan manusia.

Perempuan adalah ciptaan tuhan yang paling mulia. Janganlah kau persiakan kurdat ini. Peliharalah keluarga dan keturunan ini dengan berbekalkan kasih dan sayang juga berlandaskan ilmu agama. Ajarlah anak mu dengan penuh rasa sayang dan kasih juga hormat antara satu sama lain. Manjakan lah anak itu dengan belaian, tegurlah apabila dia melakukan kesilapan kerana berhak melakukan kesilapan untuk terus belajar di dunia ini. 

Al-Farrel Ridzuan/ Si berani penjaga syurga: Bersyukur kau masih mempunyai ayah dan bonda yang menyayangimu, akan kami bekalkan dididikan dengan sekadar sederhana dan bukan dengan kemewahan duniawi, insyaAllah. Lahirnya kau dimuka bumi ini, lahirnya juga ayah & bonda. Terima kasih Allah. Alhamdulillah. 

Kasihnya ayah membawa bahagia
Kasihnya ibu hingga ke syurga

Peluk cium!
Bonda

No comments: